Pages

24.2.10

Hobby ; Sewing. :)

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.



this is my holiday project. :) for the inovation competition.haha. i love sewing but the thing is i don't have the skills yet. hihi. but at least i've tried. jahitan tangan ye ni rakan-rakan. haha

:)

i can't wait for my sewing machine to be fixed. oh mungkin beli baru yang lagi style. haha, impian menggunung tinggi. :)

23.2.10

Butterlfly Terbanglah Setinggi Anganmu :)

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

it's so good to be able to make Tong happy. hope you like the handmade handbag ordered specially for you. butterfly suits you best :) sorry it's a bit late la kan tapinya. hehe.

thank you for being such a nicest batchmate everrrr. :) sayang always and foreverr.

omg Tong is 21 years old. layak mengundii ;)

my February ramblings.

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

so many things happened lately. not to say that i was unhappy with some of them but that's the truth.

1. i am not happy because i keep on remembering my past. omg this is so not right i know. but i can't help myself from not going through my old archive on ym.

2. i've been very emotional lately. i know the reasons why but seriously i wish i'll move on.

3. it has been ages since i last thinking so serious about my future. but no don't get me wrong. i think of it and nothing's changed except that i am determined on improving myself to be a better person.

4. kerja dah melambak and i am still merangkak. so i just spend some time to write something here as writing can ease my mind so yeah, while practising my speech for tomorroe's english class, why dont i blog kan?

umm basically things are alright. it's just i am emotionally unstabled for these past few days. things will get better from time to time insyaAllah.


jauh di sudut hati i thank Allah for this strength. :) and i am more than happy to receive Zura's note. her note is such a good reminder fome and the other SS members. Alhamdulillah. i am happy for not commiting myself to anyone, this is serious.

2.2.10

because Allah is the best of all planners II.

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.


Alhamdulillah i passed my jpj test. repeat part II tadi. huhu. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. :)


Dear Friends, thank you for the wishes, thank youuuuuu so much for the doa. thank you classmates for the thoughts, berduyun-duyun msg dari malam sebelum sampailah right before buat bukit. :)  setiap kali Selasa (well, 19th and today) aku akan rasa mcm celebrity. haha. thanks heaps people. :)


thanks Jiran for being the best jiran ever. :) u're the sweetest thing on earth. now, tak perlu rasa nervous dah, ok? :)


Aslm Si Bestie tak habis2 msg info hiburan terkini. well, at least ada jugak msg yang tidak ke arah driving test so that's ok i guess. haha.


thanks to Abg Sin for being so patient tolong teman adik2 (Wann and me) practise last weekend. :) his last msg masa aku tgh tunggu turn tadi - "jgn clumsy sangat". haha. brothers know sisters very well.


thanks to Ummi and Abah for the support (baik dari segi sokongan moral mahu pun kewangan, hehe.) yippie. semuanya dah berakhir :) yeayy! *Abah, lepas ni bolehlah consider utk belanja mana2 kereta 2nd hand. haha!*


thanks Halleyfor having faith in me. it means a lot. eventhough u're just post the word "boleynye" kat my shoutbox. :)


ok. saya akan pulang ke Cheras malam ini selepas Ummi habis class. yeeha. now i can concentrate on Nursery Rhymes and other stuffs too. yeayy, i can start doing Origamiiiii semula :)


maybe for most people, lisence is not a big deal. but for me it is. :) Alhamdulillah it has come to an end. oh ya, i got more friends this time. :) tidak kiralah makciks ataupun sisters. it's nice knowing them :)


i'm soooooooooooooo happppppyy :) Alhamdulillah!

1.2.10

a reason to Smile Smile Smile.

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.





"Kak Ti, dah balik dari belajar kereta ke?"

-Ika and B.

kechomelann terserlahhh :)

because Allah is the best of all planners.

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

since aku dah siap buat laporan PPIM sampai perjumpaan ke-6 dan tgh fikirkan mathematics manipulative kit for Resource in Mathematics, aku rasa aku should rakamkan detik-detik aku mengambil lesen tempoh hari. ye la, benda yang tak direcall dalam masa terdekat akan mengundang kehilangan memori.

aku mula ambil lesen bermula pada December 2009 so aku kira2 akan dapat lesen sebelum Feb 2010. malangnya impian tak jadi nyata. aku kecewa tapi lagilah loser kan if tak boleh terima kekalahan/kekecewaan.

hari Selasa 19th Jan yang lalu, aku dengan harapan menggunung tinggi pergi ke Sek Memandu M Seksyen 8 dalam lebih kurang pukul 9.30 pagi. padahal kena datang 10.30 pagi. pergi awal sebab Ummi ada meeting so sah2 lah takde orang nak hantar aku so aku pon gerak awal. dengan hati yang berdebar aku memilih untuk memakai baju merah, memandangkan semangat rumah merah masih ada dalam diri (haha) dan aku pun menyarungkan kasut Skechers merahku itu.

Pak Cik Lan sampai dengan Avanza hitam dan ambil kitorang berlima dari driving schoolku itu dan meluncur laju ke Sg Buah. JPJ test tu dijalankan kat Institut Memandu di situ lah kan. sepanjang perjalanan, pakcik ada jugak berserita malangnya tak berapa dilayan sebab masing2 nervous weyh. haha.

sesampainya kat IM tu, pergi office nak ambil tangkal hikmat. cheh. aku baru tau kena pakai rantai bernombor sangkut kat leher. masa tu ada juga lah perasaan nak tergelak tp tak jadi hasratku itu sbb semua orang tgh sibuk berzikir dalam hati mungkin. berdebar kot JPJ test. huhu.

dah siap2 daftar, aku pon pergi duduk kat tempat yang disediakan sementara tunggu penerangan ringkas from wakil JPJ. aku nombor 12 ye. mungkin tak berapa bertuah nombor itu. haha. aku pon tunggu dan perasaan berdebar tu semakin datang tanpa henti.

kini tiba turn aku. kena buat part II dulu. yes, yang start dengan bukit tu. aku pon bergerak ke kereta yang baru tiba. aku tak suspect apa2 walaupun pemandu sebelum aku tu agak besar tubuh badannya. aku pon masuk kereta and buat seperti biasa. baca doa naik kenderaan kemudian bila nk jalan and tiba masa nk turunkan hand brake, aku mengalami kesukaran yang amat nyata. nyata here means sangat sukar ye. aku kena bukak seat belt and try turunkan. ok, masa tu dah berpeluh-peluh dah.

aku tabahkan hati dan terus mencuba turunkan hand brake. Alhamdulillah aku berjaya (tp dalam hati masih berdebar dengan kejadian itu) dan aku teruskan perjalanan mencapai impian aku iaitu nak dapat lesen lah kan. setelah bergerak, aku pon tunggu turn untuk naik bukit. ramai gila orang before aku tu failed so i was like "eeee takutnya". tapi aku fikir balik, takkan aku nk sia-siakan pemontengan kelas aku, ye tak? so aku gagahkan jua. aku naik bukit dan stop atas line putih tarik handbrake dan angkat tangan kat pegawai JPJ. dia pon pandang and kata "OK, jalan."

wah, bermulalah kisah sedih dan kecewa. sebagai beginner dalam perihal mengendalikan kereta, aku semestinya cuak bila apa yang cikgu aku ajar tak dapat dipraktikkan. cikgu ajar masuk gear, tekan minyak, lepas clutch slow-slow sampai rasa terhenjut and tambah minyak sikit kemudian lepas hand brake dengan disusuli kaki stay di kedudukan itu. oh malangnya, setelah 3 kali aku mencuba untuk rasakan henjutan yang dijanjikan dengan melakukan perkara-perkara yang diajar oleh cikguku sebelum ini, namun sayang seribu kali sayang, aku tak rasa pon! sah2 lah aku tak tau nk buat apa dah. tak panick tp benci sebab tak boleh handle. rasa umpama mati kutu. ye, tak tipu.

dan setelah masa tamat, aku dengan hati yang berat turunkan hand brake dan kereta kancil WFY itu pon terundur ke belakang. aku kata dalam hati " alang-alang fail, biar aku undurkan kereta ke belakang". aku stopkan kereta dan tarik handbrake kuat-kuat dan blah from kereta pergi sign borang yang di tick "KANDAS" oleh pegawai JPJ tu.

tak tau nk describe macamana perasaan sebab kadang2 benda yang kita tak expect berlaku, tiba2 terjadi, mau jadi speechless aku. aku pon membawa diri dan berjalan-jalan/bersiar-siat di sekeliling IM (kecewa weyh) kemudian barulah pergi ke part III punya pondok. ye, jalanraya. part yang paling aku gerun sekali. budak2 yang datang sama ngan aku tadi, risau on behalf of me sebabnya aku kan tak pass bukit, masakan aku dapat buat jalanraya punya test dengan baik sebab ada 3 bukit di sepanjang perjalanan. sweetkan mereka nk risau pasal aku. haha

aku cool je dan berharap aku boleh buat. dalam hati, aku menjerit-jerit "woi takkanlah nk fail both kot". mana ada masa nak fikir pasal kegagalan dah masa tu. cubalah bayangkan, punya la bnyk benda aku tak settlekan kat mktb, namun pada masa yang sama aku kena fikir pulak pasal hati yang kecewa sebab fail both parts. ini tidak boleh dibiarkan. aku tenang menghadapi sebarang kemungkinan. nak tak nak, aku boleh nk tambah bebanan yang sememangnya dah bnyk.

aku gembira tgk kereta2 yang digunakan for JPJ test jalanraya semuanya kancil baru seperti WRD, kancil yang aku guna untuk belajar memandu. ok, dalam hati mmg kata "Mesti boleh punya". oh oh oh, namun seperti yang aku jangka, semua benda yang aku taknak tu lah benda yang aku dapat. atas sebab terlalu ramai yang belum buat part III, mereka keluarkan kancil-kancil lama menjadikan jumlah keseluruhan 6-8 biji tak salah aku.

"Alamak". jerit aku dalam hati sebab di ketika aku sedang tgk kereta-kereta lama itu dikeluarkan dari tempat mereka berteduh, nombor 12 ku dipanggil kuat. aku pon pergi dan yes, syabaslah, kereta lama yang mendebarkan dan tester yang bermuka garang. haha.

alkisahnya, aku berjaya di tick sebagai "LULUS" kali ini. tester tu sempoi gila. dan walaupun garang, aku turutkan juga. mmg cuak tp sempat jugak aku sembang-sembang dengan dia. kebiasaannya aku mmg sangat garang tp Kak Ita kerani sekolah memandu aku pesan aku tak boleh garang-garang.

itulah dia 19th Jan yang mengundang kegelisahan jiwa yang setakat ini paling dahsyat dalam hidup sebab aku terpaksa bayar RM 150 utk repeat. terima kasih Ummi yang banyak membantu membuatkan aku lebih positive.

Ummi pesan sebelum aku pergi JPJ test tu "buat elok2 tp ingat this is not the end of the world". ye la, berhari2 aku tak lalu makan sebab berdebar JPJ test lah konon. haha. bila fikir balik, rasa mcm nk gelak je.

aku gembira jugak sebab aku dapat kenal a few people yang sangat rare. an intellectual kakak, yang sangat confident, yang sentiasa ada nice things to say. i so wanna be like her. graduated student at the age of 22? cool. i met a few sisters and it's nice knowing them. not to mention, aku berkenalan jugak dengan a few makciks there.

it is fine not to get what i've always wanted in life iaitu Driving Lisence sbb ikatan ukhuwah yang terbina kat situ is priceless. the experience i got  is priceless too. and aku yakin, Allah ada sebab utk semua yang berlaku ni. aku yakin.