Pages

6.5.17

Tips Temuduga HLP.

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

Semua ni berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa. Saja saya kongsikan untuk kenangan saya. Mungkin juga pedoman untuk orang lain yang tiba-tiba terbaca.

1. Seboleh-bolehnya cuba untuk hadir temuduga apabila telah disenarai pendek. Makluman dari Urusetia Temuduga hari tu, yang tak hadir tanpa sebab kukuh akan disenarai hitam.

2. Bersedia dengan kertas cadangan. Banyak baca jurnal, buku dll. Fahamkan apa yang dicadangkan. Rasional pemilihan dan lain-lain semua perlu ada dalam kepala. Memang takkan sempurna tapi kita perlu bersedia, walau apa ditanya, kalau kita faham, semua ilmu tu kita boleh gunakan apabila disoal.

3. Kalau diprovok dll tak perlu nak emosional. Teruskan menerangkan apa yang patut. Jika ditegur, terima dengan hati terbuka. Pokoknya, perlu ikhlas menyampaikan hasrat. Nak sambung belajar dan ditaja ni bukan mudah, tapi kita cuba jugak, mana tahu rezeki menyebelahi kita.

4. Akhir sekali, segala dokumen yang diminta perlu dibawa. Ikut apa yang disuruh. Setiap tahun macam sedikit berbeza, kita baca dan fahami lepas tu
bawa ikut apa kita selesa. Sijil berkaitan, pencapaian tertinggi, dll



5. Tanda nama dan blazer penambah seri. Kalau macam saya hari tu, semua tertinggal kalut bersiap. Tertinggal di rumah, jarak rumah ke KK lebih 400 km 😂 bersedia awal  jangan kalut macam saya.


Dah lepas temuduga, bertawakal apa adanya. Kalau ada rezeki, ada la coretan terkini dari saya nanti berkenaan HLP. Kalau tak, nantikan kemunculan semula lain kali hehe